Selasa, 15 Mac 2016

MAJLIS MERAIKAN MURID CEMERLANG 5A TAHUN 2015


TARIKH : 12 MAC 2016 (SABTU)
MASA     : 10 am - 12 pm
TEMPAT : L'APPRENTICE@PUTRA RESTAURANT UPM SERDANG

Pada hari Sabtu yang lalu bertempat di L'Apprentice@Putra Restaurant UPM Serdang telah diadakan Majlis meraikan murid cemerlang yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas.
Terdahulu, majlis dirasmikan sendiri oleh Puan Guru Besar SKDABB, Puan Hajah Wan Nor Fadriah bt Wan Idris kerana Yang Berhormat Tuan Shahrum bin Dato' Haji Mohd Sharif tidak dapat hadir untuk upacara perasmian.
Tetamu kehormat, Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Mutalib bin Tomran sudi bersama-sama meraikan majlis pada petang tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Cikgu Masliza bt Mazelan yang bertungkus lumus memastikan majlis dapat dijalankan dengan sempurna walaupun kesihatan kurang memuaskan.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru dan staf yang turut sama meraikan majlis ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan