Rabu, 26 Oktober 2016

HARI SUKAN TAHUNAN SKDABB KALI KE-35


































































TARIKH : 25 OKTOBER 2016 (SELASA)
WAKTU : 7.30 PAGI - 1.30 PETANG
TEMPAT: STADIUM INSPEN,KAJANG
PERASMIAN PEMBUKAAN : YB TUAN SHAHRUM BIN MOHD SHARIF (ADUN DENGKIL)
                                                    (Tidak dapat hadir, diwakilkan oleh Pegawai Khas beliau)
PERASMIAN PENUTUPAN  : EN NORAZMAN BIN MOHD YOB(YDP PIBG SKDABB)

Hari Sukan Tahunan SKDABB kali ke-35 bagi tahun ini telah berlangsung dengan jayanya dan sangat meriah dihadiri oleh para ibu bapa/penjaga murid. Pada tahun sebelumnya, program ini tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah jerebu yang melanda di negara kita.
Bermula dengan acara Senamrobik yang diketuai oleh beberapa orang guru dan disertai oleh beberapa orang wakil PIBG,semua guru dan murid SKDABB.
Seterusnya, Bacaan Doa oleh Ustaz Mat Rozi bin Abdullah, Ucapan alu-aluan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Wan Nor Fadriah bt Wan Idris dan Ucapan Perasmian Pembukaan oleh Pegawai Khas , mewakili YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif(tidak dapat hadir). Manakala En. Norazman bin Mohd Yob YDP PIBG SKDABB merasmikan majlis penutupan.
Tahniah diucapkan kepada team BIRU@MERAK kerana telah menjuarai keseluruhan sukan tahunan pada kali ini. Tahniah juga kepada para guru, staf dan pekerja pembersihan yang telah bertungkus lumus memastikan Hari Sukan Tahunan SKDABB kali ke-35 ini berjalan lancar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan