Pada 9 Disember 2021 telah berlangsung majlis ringkas ‘Back to School 2022’ di Dataran Perhimpunan SKDABB. Barangan yang berupa buku tulis dan baju sukan bernilai RM50 adalah sumbangan daripada MPKK DABB / Ahli Majlis MP Sepang dan Penyelaras DUN Dengkil. Sumbangan ini merupakan salah satu usaha membantu seramai 90 orang pelajar SKDABB bagi mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
Dari kiri En Shahrizal bin Ya'am (PK HEM), En. Ruzain bin Mat Juri (NYDP PIBG), Pn. Aida Rafana bt Kamarudin (Ahli Majlis Sg. Merab), En. Hamidi bin A.Hasan (Pegawai Penyelaras DUN N55 Dengkil), Pn. Hjh. Wan Nor Fadriah bt Wan Idris (Guru Besar), En. Ruzi bin Mat Juri (Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Dato' Abu Bakar Baginda), Dr. Mohd Tusirin bin Hj. Mohd Nor (Bendahari MPKKDABB) dan Pn Rosmani binti Mat Isa (PK Pentadbiran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan