Kejadian banjir yang berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan pada malam 18/12/2021 mengakibatkan beberapa buah rumah guru SKDABB dinaiki air. Guru-guru yang terkesan adalah Cikgu Azlina, Cikgu Syahreena dan Ustazah Siti Dora. Turut terkesan dengan kejadian ini adalah Pn. Islina iaitu Ketua Pembantu Tadbir di sekolah ini.
Pada 20/12/2021, misi pertama penghantaran bantuan oleh team Pn. Rosmani (PK Pentadbiran), Cikgu Mardhiah & suami kepada keluarga Pn.Islina berjaya dilaksanakan. Pada hari berikutnya, 21/12/2021, beberapa orang guru dan staf turun padang bergotong royong membersihkan rumah guru-guru yang terlibat dengan bencana ini. Cikgu Ismail selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) turut melancarkan Tabung Bencana Banjir SKDABB bagi meringankan beban guru & staf yang terlibat.
Semoga Allah memberkati usaha murni guru-guru & staf SKDABB dan diharapkan juga mereka yang terkesan dengan bencana banjir ini agar tabah menghadapi ujian daripadaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan