Assalamualaikum wbt....
Yang dihormati,
Ibu bapa/penjaga murid
Sk Dato' Abu Bakar Baginda.
PENGOPERASIAN SEKOLAH PENGGAL 3 SESI 2021/2022
Sukacita dimaklumkan sesi persekolahan penggal 3 akan bermula pada hari Isnin, 10.01.2022.
2. Kehadiran
Tanpa Penggiliran adalah untuk murid;
Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 6
Dengan Penggiliran adalah untuk murid
Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5
3. Murid-murid dibenarkan memakai kasut dan pakaian yang sesuai, kemas dan sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
4. Sekiranya ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin namun ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.
5. Untuk makluman, ada guru bertukar keluar dan bertukar masuk. Dengan itu, jadual waktu baharu terpaksa digubal.
6. Berikut adalah waktu datang dan pulang murid tahap 2 dan tahap 1 mengikut sesi;
SESI PAGI
Isnin & Jumaat
7.20 pagi - 12.10 tengah hari
Selasa - Khamis
7.20 pagi - 12.40 tengah hari
SESI PETANG
Isnin dan Selasa
12.50 tengah hari - 6.10 petang
Rabu dan Khamis
1.20 petang - 6.10 petang
Jumaat
2.20 petang - 6.10 petang.
7. Sila pastikan anak tuan/puan sihat dan tidak bergejala untuk ke sekolah dan sentiasa mematuhi SOP untuk pencegahan penularan Covid-19 dan virus lain.
8. Kerjasama tuan/puan amat diharapkan dan pihak sekolah memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul.
Sekian. Terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah;
Guru Besar
SK Dato' Abu Bakar Baginda
08.01.2022
#semogadijauhicovid19
#Allahjagakita
#kitajagakita
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.