Selasa, 8 Februari 2022

PEMERIKSAAN MENGEJUT (SPOT CHECK) BEG MURID

    Pada 8/2/2022(Selasa) telah diadakan pemeriksaan mengejut (spot check) beg murid bagi menangani isu beg berat murid.

Panduan bimbingan kepada murid untuk mengatasi masalah beg berat dan menjaga postur serta kesihatan tulang belakang murid.

a) murid membawa buku teks dan buku aktiviti mengikut jadual waktu.

b) murid membawa barang keperluan pembelajaran yang diperlukan sahaja ke sekolah.

c) murid sentiasa memeriksa dan menyusun buku dan barang keperluan pembelajaran lain dalam beg setiap hari

d) penggunaan beg beroda tidak digalakkan kerana berat dan penggunaannya boleh mendatangkan masalah kepada bahu.

    GPK HEM, Cikgu Shahrizal memantau keadaan murid di kelas sewaktu pemeriksaan dijalankan



                              Guru Disiplin, Cikgu Farees sedang menjalankan pemeriksaan beg murid..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan