Selasa, 19 April 2022

PELANCARAN SAMBUTAN NUZUL QURAN SKDABB SESI 2022M/1443H

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PELANCARAN SAMBUTAN NUZUL QURAN SKDABB SESI 2022M/1443H 

Sukacita dimaklumkan Panitia Pendidikan Agama Islam dengan berbesar hati menganjurkan Sambutan Nuzul Quran peringkat sekolah bagi sesi 2022/2023 

Program yang mensasarkan semua warga SKDABB ini diharapkan dapat mencapai objektifnya melahirkan generasi celik al-Quran, tadabbur kandungannya serta beramal dengan segala perintah di dalamnya. 

Aktiviti-aktiviti sempena sambutan Nuzul Quran

1. Pertandingan mewarna 
2. Pertandingan membuat sampul duit raya
3. Pertandingan deklamasi syair 
4. Pertandingan deklamasi sajak
5. Pertandingan hafazan

Mari la kita bersama-sama memuliakan al-Quran, membaca dan mempelajari kandungannya dengan penuh kesyukuran. Semoga kelak Al-Quran akan menjadi pembantu dan bekalan buat kita semua

RAMADHAN KAREEM, ALLAHU AKRAM

Salam Nuzul Quran

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, SKDABB