Alhamdulillah, Pusat Akses (PuAS) SK Dato' Abu Bakar Baginda kini sudah mula beroperasi setelah hampir 2 tahun kerja-kerja naik taraf dilakukan bermula pada 20 November 2020 yang lalu. Buat masa ini murid-murid dibenarkan menggunakan komputer untuk mengisi rekod bacaan NILAM. InsyaAllah akan ada penambahbaikan selepas ini bagi mengoptimumkan penggunaan pusat ini.
Semoga bilik yang mempunyai kemudahan 10 unit komputer ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk mencari bahan/maklumat dan menambah masa penggunaan komputer (contact hours).
Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui proses naik taraf