Khamis, 12 Mei 2022

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 2022

    Pada hari ini, bertarikh 12.5.2022, telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda tahun 2022 melibatkan hampir 279 murid (sesi pagi dan petang) yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT, Skuad Denggi, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Syibly, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah, dipimpin oleh Cikgu Mardhiah Hayati selaku Konduktor.

Ustaz Muhammad Syibly membacakan doa..



Cikgu Mardhiah Hayati, selaku Konduktor..


Guru Besar, Pn. Hjh. Wan Nor Fadriah bt Wan Idris memberi sepatah dua kata..

Ucapan perasmian oleh Ketua Balai Polis Kg. Dato' Abu Bakar Baginda, Sarjan Mejar Amin b. Hoosman

En. Wan Ahmad Asmady, wakil PIBG turut bersama didalam majlis ini..





Cikgu Shahrizal, GPK HEM mengumumkan pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas sesi 2022..

Barisan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah sesi 2022 

Bacaan ikrar oleh adik Aryan Harraz, Ketua Pengawas Sekolah sesi 2022..



Ustazah Amiratulizian, selaku Pengacara Majlis..

    Sesi petang..


Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin muda SK Dato' Abu Bakar Baginda tahun 2022 diatas pelantikan ini.
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Pelantikan Watikah Pemimpin Muda yang diketuai oleh Pn  Nor Azzah, semua penyelaras unit-unit pemimpin muda kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar dan sistematik berkat kerjasama semua guru dan AKP. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan untuk program-program lain yang bakal diadakan sepanjang tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan