Yang dihormati
Ibu bapa / penjaga murid SKDABB
PERUBAHAN TARIKH DAN MODE HARI JALINAN MESRA BIL.1 TAHUN 2022/2023 BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA
Sukacita dimaklumkan program di atas diubah secara bersemuka dan akan diadakan seperti maklumat berikut :
TARIKH : 11.08.2022
HARI : KHAMIS
MASA:
Tahap 1 -(Tahun 1, 2 dan 3)
1.30 PETANG - 5.00 PETANG
Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK DARJAH
*Murid-murid diminta membawa alat tulis, pensel warna dan buku latihan yang diminta oleh guru kelas sahaja.
2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke sekolah dengan mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dan tidak bergejala.
3. Hanya seorang sahaja ibu/bapa/penjaga murid yang dibenarkan berjumpa dengan guru di bilik darjah masing-masing.
4. Anak tuan/puan boleh dibawa balik selepas selesai perjumpaan dengan guru.
5. Pihak kami amat berharap agar tuan/puan dapat memanfaatkan program ini bagi mengetahui dan memastikan perkembangan pembelajaran anak-anak berjalan lancar dan tidak ketinggalan. Ini sangat penting bagi membantu anak-anak menghadapi sesi pembelajaran seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
Guru Besar
SKDABB
04.08.2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan