Khamis, 23 Februari 2023

DARI MEJA GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

 Assalamualaikum & Salam Baca Buku, Celik Minda📖🧠

Bersempena dengan cuti sekolah sesi 2022/2023 yang telah bermula, pihak sekolah sangat-sangat menggalakkan murid-murid SKDABB dapat mengisi masa lapang dengan sebaik-baiknya. Masa cuti inilah, murid-murid mempunyai masa yang banyak untuk melakukan aktiviti membaca. Bacalah  buku sekurang-kurangnya 1 buah buku sehari, jadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi sepanjang cuti. Diharapkan murid-murid SKDABB dapat meningkatkan jumlah bacaan NILAM sepanjang cuti agar layak mendapat pengiktirafan NILAM pada tahun hadapan. 

Oleh itu, murid-murid digalakkan untuk 'key in' bahan bacaan dalam link google form yang disediakan di bawah👇:

https://mylink.la/pusatsumberalqamar

Atau 

https://forms.gle/Zw2kGTwdEAXPfB9X8

iSEL NILAM SEPANG

Google Form Rekod Data NILAM Sekolah Rendah DAERAH SEPANG

🔊Ibu bapa boleh menolong merekodkan pembacaan anak-anak di rumah.

📌 Sekiranya murid-murid tiada kemudahan internet di rumah, boleh mengisi data nilam di dalam buku nilam.

NILAM NADI ILMU

AMALAN MEMBACA BUDAYA KITA

Sekian. Terima kasih

Guru Perpustakaan Media

Pn. Zurina binti Ab.Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan